CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 31 December 2011

Sombong itu Kunci Neraka

salam..sedikit perkongsian :

Rasulullah bersabda dan diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu
' Allah itu Maha Indah dan menyukai keindahan'

janganlah kita sombong kerana sombong itu kunci neraka. Sombong itu juga merupakan penyakit hati dan bisikan dari syaitan maka kita harus jauhinya. syaitanlah sangat sombong seperti dalam firam Allah :

'Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat , 'Sujudlah kamu kepada Adam!' maka mereka pun sujud kecuali iblis. ia menolak dan meyombongkan diri dan ia termasuk golongan orang kafir.' (surah Al-Baqarah : 34)

Disini kita boleh lihat iblislah yang mula-mula sekali mempunyai penyakit hati iaitu sombong. jika kita sombong bermakna kita berkawan atau geng dengan iblis.Minta dijauhkan dan Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.'Tidak diragukan lagi bahawa Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang sombong' (surah An-Nahl : 23)

Sifat atau kata-kata yang menunjukkan sombong :
-tidak boleh ditegur
-malu bertanya
-perbuatan tanpa kata-kata
-tidak boleh menghormati orang lain.

Kata-kata Imam Habib Abdullah Al-Hadad mengenai sifat sombong :
-Rasa bangga diri lebih dari orang lain
-Suka tonjolkkan diri
-Minta di kehadapankan di majlis keramaian
-Angkuh ketika berjalan
-Membantah teguran orang lain walaupun salah
-Tidak mengendahkan nasihat orang lain
-Suka menindas orang lemah
-Menganggap dirinya sentiasa betul
-Memuji diri sendiri
-Bermegah dengan keturunannya
-Bermegah dengan datuk/nenek yang kaya/ahli agama

So,bagaimana hendak menghindari sifat sombong ini???Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah selalu, Insyallah kita akan terhindar dari sifat sombong ini. :)

Wednesday 23 November 2011

Apa Itu F.I.L.A CHART?

F.I.L.A chart bermaksud F-Facts (fakta), I-Ideas, L-Learning Outcomes (Hasil Pembelajaran), A-Action (tindakan). FILA chart ini digunakan untuk menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan situasi. Bagaimana untuk menggunakannya? F adalah fakta iaitu kita dapat dalam situasi yang diberi. Idea pula adalah isu-isu dan punca masalah. Hasil pembelajaran adalah cara yang diperlukan untuk menghadapi masalah yang diberikan dan Tindakan pula adalah langkah yang kita ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Contoh :
Situasi 1 :
Rosa, a new teacher was chosen to attend a workshop on Learning & Teaching organize by the district education department. In the workshop she was expose to many things such as learning theories, teaching methods, classroom management and assessment process. At the end of workshop each participant needs to deliver a talk according to particular topic given randomly to them. The topic given to Rosa was Smart School.
As a curriculum officer how would you help Rosa?


Fakta
Idea & Isu
Hasil Pembelajaran
Tindakan

Ø  Rosa ialah seorang guru baru.

Ø  Rosa menghadiri bengkel tentang cara belajar dan mengajar anjuran Pejabat Pelajaran Daerah.

Ø  Dia didedahkan dengan teori pembelajaran, teknik mengajar, pengurusan kelas dan proses penaksiran.

Ø  Dia dikehendaki menyampaikan ucapan tentang Sekolah Bestari.

Ø  Rosa tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang guru.

Ø  Tidak biasa dengan situasi dan persekitaran baru di sekolah.

Ø  Dia belum mengenali keadaan dan kelakuan para pelajar.

Ø  Tidak tahu cara untuk menarik perhatian pelajar supaya pelajar memberi perhatian di dalam kelas.

Ø  Kurang pengetahuan tentang teknik pengurusan kelas yang baik.




Ø  Jarang berdepan dengan situasi di dalam kelas yang sebenar.

Ø  Kurang jelas dengan objektif, visi dan misi pelaksanaan Sekolah Bestari.

Ø  Apa itu Sekolah Bestari?

Ø  Apakah misi dan visi Sekolah Bestari?

Ø  Apakah konsep dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?

Ø  Apakah kriteria atau kelayakan para pelajar untuk memasuki Sekolah Bestari?

Ø  Bagaimanakah sesebuah sekolah itu boleh dijadikan sebagai Sekolah Bestari?

Ø  Bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari dijalankan?

Ø  Siapakah yang memainkan peranan dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?

Ø  Apakah perbezaan antara Sekolah Bestari dengan sekolah yang lain?


Ø  Apakah kebaikan dan keburukan Sekolah Bestari?

Ø  Apakan aspek penting dalam menangani pelaksanaan Sekolah Bestari?


Ø  Mempelajari teori pembelajaran ,  cara pengurusan kelas dan proses penaksiran dengan betul.

Ø  Mencari apa itu sekolah bestari, objektif, visi dan misi melalui buku, internet dan bahan rujukan lain.

Ø  Melayari internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sekolah Bestari.

Ø  Pergi ke Sekolah Bestari untuk melihat persekitaran sebenar dan bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di Sekolah Bestari.

Ø  Cuba untuk mengenali para pelajar Sekolah Bestari.


Ø  Mengkaji perbezaan antara Sekolah Bestari dengan sekolah yang sedia ada seperti proses pengajaran dan pembelajaran.


Ø  Mengetahui cabaran yang akan dihadapi dalam pelaksanaan Sekolah Bestari seperti cabaran kepada pengetua, para guru dan pelajar

Tips Menjawab Soalan SPM

Cara Menjawab Soalan Subjektif

Soalan subjektif biasaya dijawab dalam kertas 2.  Di sini, pelajar perlu menguasai cara menjawab soalan mengikut kehendak soalan dan format tertentu.  Soalan subjektif memerlukan anda mengolah jawapan dalam bentuk esei atau karangan.

Soalan berbentuk esei tidak bermakna anda perlu menulis panjang. Yang penting anda perlu menjawab mengikut kehendak soalan. Mengikut pakar pemeriksa kertas jawapan, ramai pelajar telah menyeleweng dalam menjawab soalan.  Mereka tidak mengikut prosedur atau skema yang diperlukan.  Mereka menjawab tanpa mengikut garis panduan sepatutnya.  Beikut diberikan langkah-langkah yang perlu diikuti pelajar bagi mengatasi masalah tersebut.  Langkah-langkah berkenaan ialah,

  1. Baca arahan kertas soalan.  Gariskan bilangan soalan perlu dijawab.
  2. Baca semula semua soalan tersebut  Elakkan daripada terus menjawab kerana kemungkinan anda tersalah jawab dan ingin mengganti kepada soalan lain.
  3. Selepas selesai membaca semua soalan, tandakan soalan yang boleh anda jawab.
  4. Kurangkan bilangan soalan yang boleh anda jawab sehingga bilangan yang dikehendaki.  Jika soalan memerlukan anda menjawab empat soalan, soalan lain peru ditinggalkan.
  5. Selepas dipilih empat soalan, bahagikan masa menjawab.
  6. Jika masa diperuntukkan dua jam, bermakna anda perlu menjawab dalam masa 30 minit setiap soalan.
  7. Mulakan dengan soalan paling mudah.  Gariskan kata-kata penting dalam setiap soalan.  Contoh, terangkan faktor-faktor yang terlibat dalam pengeluaran.  Kata-kata penting ialah terangkan dan faktor-faktor pengeluaran.
  8. Buat rangka jawapan.  Rangka jawapan memastikan jawapan dibuat secara teratur tanpa meninggalkan isi-isi penting.
  9. Pelajar tidak perlu menyalin semula soalan, peta atau gambarajah kerana perkara tersebut tidak menyumbang kepada markah anda.
  10. Jika terdapat masa terluang, sila semak semula jawapan anda. Jika ada maklumat atau fakta tertinggal, pelajar perlu memasukkan bagi menambah markah tersedia.
  11. Pastikan pelajar memberi jawapan secara spesifik.  Bukan secara umum.  Contoh,  tanaman padi memerlukan iklim tropika sesuai.  Perkataan sesuai tidak sesuai digunakan kerana bersifat umum.  Jawapan sepatutnya, tanaman padi memerlukan iklim tropika sesuai iaitu min suhu 27 darjah celcius dan hujan tahunan sebanyak 2 800 mm.

Cara Menjawab Soalan Objektif

Pelajar didapati lebih gemar menjawab soalan objektif kerana jawapan telah tersedia.  Soalan objektif kebanyakan terdapat dalam kertas 1 dalam sesuatu kertas peperiksaan.  Walaupun jawapan boleh diteka namun pelajar perlu mempelajari cara menjawab soalan tersebut. Kemahiran yang perlu diketahui ialah,

  1. Baca soalan dengan teliti dan memahami kehendak soalan. Baca semua pilihan jawapan dan tanda jawapan paling tepat
  2. Jika pelajar tidak dapat mengenal pasti jawapan paling tepat, cari jawapan yang pasti salah.  Jangan pilih jawapan salah. Mengurangkan jawapan salah memberi peluang kepada anda untuk memilih jawapan yang paling tepat
  3. Seringkali maklumat untuk menjawab satu soalan terdapat pada soalan lain.  Jadi, cuba anda perhatikan perkaitan antara satu soalan dengan soalan yang lain.
  4. Semasa membaca pilihan jawapan, perhatikan jawapan lebih terperinci dan panjang.  Pembuat atau penggubal soalan lebih cenderung untuk berbuat sedemikian.  Jawapan yang panjang atau terperinci kemungkinan besar adalah jawapan betul
  5. Pilihan jawapan yang salah tidak dibentuk dengan teliti.  Ia biasanya mempunyai kata-kata kurang jelas seperti sesuai, selalu dan kira-kira.
  6. Jika terdapat pilihan jawapan semua di atas, anda perlu mencari jawapan salah. Tinggalkan pilihan salah dan semua di atas. Jadi, tinggalkan dua pilihan yang perlu difikirkan
  7. Jika pelajar tidak dapat menjawab sesuatu soalan, tinggalkan dahulu soalan tersebut.  Jangan luangkan terlalu banyak masa terhadap sesuatu soalan.  Soalan sukar boleh dijawap kemudian.  Adalah lebih baik   anda menjawab sesuatu soalan susah di penhujung masa berbanding tidak menjawab langsung. Ini adalah kerana markah tidak akan ditolak terhadap jawapan yang salah.
Selamat menghadapi peperiksaan SPM yang akan berlangsung pada bulan November nanti.  Semoga maju jaya.

Refleksi Tugasan 3 : ePortfolio

Tugasan 3 ini merupakan ePortfolio iaitu kami hendaklah membuat blog masing-masing yang akan memberikan coretan mengenai apa yang dipelajari pada minggu tersebut di dalam kleas ICT di dalam Kimia pada setiap minggu. Apa yang kita dapat dan lakukan di dalam kelas 'ICT IN CHEMISTRY' ini hendaklah ditulis dalam blog sendiri. Sebelum membuat blog sendiri,kita hendaklah membuat akaun Gmail dahulu kemudian barulah membuat blog dan menghiasi blog masing-masing mengikut kreativiti sendiri. Apa yang saya dapat dari mengetahui cara-cara membuat blog, fungsi-fungsi blog dan cara menggunakannya di dalam membuat sesuatu perkara seperti membuat post. Malah, kita boleh meluahkan apa atau mahu berkongsi cerita di dalam blog untuk  memberi pengetahuan kepada orang lain. Oleh itu, banyak lagi kelebihan yang saya dapat melalui tugasan ini. :)

Refleksi Tugasan 4 : Online Forum

Tugasan 4 adalah Forum Dalam Talian ataupun 'Online Forum' iaitu mengenai soalan yang berkaitan dengan kepentingan ICT dalam pembelajaran dan lain-lain. Setiap minggu pensyarah kami akan memberi kenyataan atau soalan di dalam group forum di myGURU UPSI. Kami hendaklah sentiasa peka dengan forum ini dan hendaklah memberikan pendapat mengenai tajuk forum atau kenyataan yang diberikan. Di sini kami berdiskusi mengenai tajuk yang diberikan. Apa yang saya dapat melalui tugasan ini adalah kita hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling ataupun 'up to date' denagn apa yang berlaku di sekeliling kita. Bukan itu sahaja, malah kenyataan atau tajuk yang diberikan oleh pensyarah itu menambah penegtahuan saya kerana banyak perkara yang saya tidak tahu mengenai ICT dalam pembelajaran dan kegunaannya. Sebagai contohnya, saya terpaksa mencari maklumat tentang tajuk forum itu sebelum menyatakan pendapat saya mengenai tajuk forum yang diberikan itu. Secara tidak langsung saya mendapat ilmu dari 'Onlin Forum' ini. :0

Refleksi Tugasan 2 : Power Point Presentation

        Tugasan 2 merupakan pembentangan 'Power Point' tentang tajuk yang saya dapat iaitu 'Rate Of  Reaction' dan dibuat bersama-sama kumpulan kecil masing-masing. Tugasan ini diberikan pada kami sebelum Puan Asmayati bercuti. Sebelum pensyarah kami bercuti, puan ada mengajar kami sedikit mengenai bagaimana menjadikan 'Power Point' itu lebih luar biasa maknanya lebih menarik. Puan mengajar bagaimana membuat 'Hyperlink' dan sebagainya. Pada mulanya, saya teruja mengetahui beberapa teknik baru dalam membuat slide melalui 'Power Point'. Setelah itu, saya memulakan tugasan yang diberikan dengan mendalami sendiri dan mengunakan fungsi-fungsi yang boleh digunakan di dalam 'Power Point' tersebut.
        Tajuk tugasan kumpulan saya adalah 'Rate Of Reaction' dan setelah dibahagi-bahagikan tugasan saya membuat tentang 'Application of Rate Of Reaction In Our Daily Life'. Pada mulanya, saya rasa sanagt susah kerana melibatkan  aplikasi dalam kehidupan dan sangat banyak aplikasi yang boleh kita ambil tapi tidak tahu apa aplikasinya. Kemudian, saya mencari pelbagai rujukan dari internet dan buku-buku tingkatan 5. Apa yang saya dapat melalui tugsan ini adalah saya dapat ingat kembali apa yang dipelajari pada tingkatan 5 dahulu, mengetahui apa aplikasi 'Rate Of Reaction' atau kadar tindak balas di dalam kehidupan seharian yang selalu kita nampak dan gunakan dalam kehidupan dan juga tahu bagaimana cara-cara menggunakan Power Point dengan lebih baik.

Refleksi Kumpulan

Pada kelas yang pertama iaitu kelas ICT dalam kimia ini, kami berkenalan dengan pensyarah dan semua kawan-kawan. Puan Asmayati yang mengajar akan mengajar kami sepanjang semester ini dalam subjek ICT dalam kimia. Puan Asmayati telah memberikan tugasan dan kami diberi pilihan mencari kumpulan masing-masing untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kumpulan kami terdiri daripada 4 orang.
 Setelah tugasan diberikan kami membuat satu perjumpaan dan perbincangan mengenai tugasan yang diberikan. Setiap ahli kumpulan kami saling bekerjasama dalam melakukan tugasan dengan baik sekali. Bukan itu sahaja mereka berkomunikasi dengan baik dan bersefahaman. Tambahan pula, setiap kali perbincangan dibuat mereka memberikan idea-idea yang bernas  dan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada kami. Tambahan pula, mereka sangat menepati masa apabila perbincangan diadakan.
Selain itu, ada juga beberapa kelemahan yang dilihat di dalam kumpulan ini antaranya, tidak bertanya kepada pensyarah apabila kurang jelas mengenai tugasan yang diberikan. Sepatutnya, kita hendaklah tahu apa yang perlu ada di dalam tugasan itu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Bukan itu sahaja, ada yang membuat tugasan ini di dalam bahasa yang bercampur iaitu percampuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hal ini menyukarkan ketua kumpulan untuk menukar atau menterjemahkan balik bahasa yang ditetapkan.
Sebagai penambahbaikan, setiap ahli kumpulan hendaklah melakukan tugasan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat markah yang lebih baik. Tambahan pula, kita hendaklah bertanya kepada pensyarah jika kita tidak faham atau kurang jelas dengan tugasan yang diberikan demi untuk memudahkan kita juga untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, malah kita hendaklah  banyak membuat rujukan dari pelbagai buku bukan setakat mencari bahan di dalam internet sahaja. Akhir kata, bukan senang hendak senang dan bukan susah hendak susah.