CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 23 November 2011

Refleksi Asigment 1

Asigment pertama adalah berkaitan dengan Filla Chart. Tugasan ini diberi oleh Puan Asmayati pada awal-awal minggu kuliah. Tujuan Filla Chart ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang diberikan berkenaan situasi yang diberikan. Pada mulanya, saya tidak berapa faham mengenai Filla Chart ini kerana masih keliru dan selepas pensyarah saya menerangkan dan membuat latihan mengenai Filla Chart ini barula saya memahami sedikit tentang Filla Chart ini.Kemudian, pensyarah saya memberi tugasan mengenai Filla Chart ini dan perlu dibuat bersama-sama kumpulan kecil masing-masing. Kumpulan saya mencari isi-isi yang perlu diletakkan di dalam tugasan ini dan saya diminta membuat tentang kebaikan dan kelemahan sekolah bestari. Pelbagai rujukan saya dapat melalui internet dan juga buku. Setiap ahli kumpulan kami memberi kerjasama yang baik dan membuat tugasan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh. :)

Wednesday, 16 November 2011

15 Ciri Wanita Syurga...

1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
 
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Tuesday, 15 November 2011

IMPIAN HIDUPKU...

Setiap manusia ada impian betul tak?apa ek impian diriku ini..emmmm..Sebelum itu, kita mesti tahu apa tujuan kita dihidupkan kat dunia ini dulu..sape tahu?angkat kaki,heheheh...Sebenarnya tujuan hidup kita di dunia ini :
Mengabdikan diri kepada Allah
Memakmurkan bumi
Menjadi khalifah di atas muka bumi ini.
Tujuan hidup kita yang paling utama adalah kerana Allah dan mengejar negara akhirat.Jangan kita terlalu kejar dunia tetapi kejarlah akhirat Insyallah kita akan mendapt kedua-duanya sekali..itu salah satu impian insan yang kerdil ini..Seterusnya mestilah menjadi seorang yang memberi manfaat kepada orang lain tapi bagaimana? dengan menjadi orang yang berilmu..

KENALI DIRIKU INI....

Bismillahirahmanirahim....
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang...

ASSALAMUALAIKUM...

Nama : Nur Aziemah Binti Zaini
Umur : 20 tahun (muda lagi,heheeh)
Tarikh Lahir : 2 November 1991
tempat Lahir : Hospital Besar Jerantut
Sem : 3
Kos : ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia (AT-13)
No Matrik : D20101037295

Latar belakang Pendidikan :
1991 : Mendapat Pendidiakan awal daripada didikan ibu bapa..huhuu
1997 : meneruskan pengajian di Tadika Kemas kg. Mat Kilau 2, Jerantut
1998-2003 : Pengajian di teruskan di Sekolah  Kebangsaan Jerantut (SKJ) atau lebih dikenali sebagai           sekolah bawah..mungkin sebab dia duduk dekat bawah bukit kot,hehehe
2004-2008 : semakin dewasa dan memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Saujana (SMKPS)
2009 : Alhamdulillah dapat meneruskan pengajian walaupun keputusan SPM tidak memberangsangkan dapat memasuki Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)
2010 : dan sekarang saya berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan insyallah akan bergelar       guru suatu hari nati..

Email : myorkedd@yahoo.com
Muka buku (fb) : Nur Aziemah..add la nati,hehhe..

So,dah kenal ke belum ini?heheh..Alhamdulillah kenal dah (ayat perasan,hehehe)..
Alhamdulillah sampai disini sahaja coretan tentang diriku ini...wasalam :)

Tuesday, 1 November 2011

FALSAFAH PERIBADI


Falsafah diri pula adalah mahu menjadi seorang bangsa yang memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama iaitu menjadai seorang yang alim (berilmu). Bukan setakat menjadi seorang guru yang menyampaikan ilmu kepada anak-anak malh mendidik mereka menjadai seorang yang berguna dan pandai menggunakan ilmu yang ditimba ke arah kebaikan. Tambahan pula, saya juga mahu menjadi seorang guru yang bukan sahaja mengajar sains semata-mata malah menbawa anak-anak ini mendekatkan diri kepada Allah iaitu engan menunjukkan bukti sains berlandaskan Al-Quran supaya mereka tahu betapa hebat dan  agungnya ciptaan Allah. Allah bukan cipta untuk suka-suka tapi ada kegunaannya pada kita. Selain itu juga, jika diberi peluang saya ingin menyambung pelajaran hingga bergelar seorang profesor kerana mahu menimba ilmu sebnayak mungkin kerana ilmu Allah itu sangat luas seperti seluas lautan.

Monday, 31 October 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN SAINS NEGARA

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologidengan memberi tumpuan kepada  perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihra suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif dan berdisiplin”.