CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 23 November 2011

Refleksi Kumpulan

Pada kelas yang pertama iaitu kelas ICT dalam kimia ini, kami berkenalan dengan pensyarah dan semua kawan-kawan. Puan Asmayati yang mengajar akan mengajar kami sepanjang semester ini dalam subjek ICT dalam kimia. Puan Asmayati telah memberikan tugasan dan kami diberi pilihan mencari kumpulan masing-masing untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kumpulan kami terdiri daripada 4 orang.
 Setelah tugasan diberikan kami membuat satu perjumpaan dan perbincangan mengenai tugasan yang diberikan. Setiap ahli kumpulan kami saling bekerjasama dalam melakukan tugasan dengan baik sekali. Bukan itu sahaja mereka berkomunikasi dengan baik dan bersefahaman. Tambahan pula, setiap kali perbincangan dibuat mereka memberikan idea-idea yang bernas  dan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada kami. Tambahan pula, mereka sangat menepati masa apabila perbincangan diadakan.
Selain itu, ada juga beberapa kelemahan yang dilihat di dalam kumpulan ini antaranya, tidak bertanya kepada pensyarah apabila kurang jelas mengenai tugasan yang diberikan. Sepatutnya, kita hendaklah tahu apa yang perlu ada di dalam tugasan itu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Bukan itu sahaja, ada yang membuat tugasan ini di dalam bahasa yang bercampur iaitu percampuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hal ini menyukarkan ketua kumpulan untuk menukar atau menterjemahkan balik bahasa yang ditetapkan.
Sebagai penambahbaikan, setiap ahli kumpulan hendaklah melakukan tugasan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat markah yang lebih baik. Tambahan pula, kita hendaklah bertanya kepada pensyarah jika kita tidak faham atau kurang jelas dengan tugasan yang diberikan demi untuk memudahkan kita juga untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, malah kita hendaklah  banyak membuat rujukan dari pelbagai buku bukan setakat mencari bahan di dalam internet sahaja. Akhir kata, bukan senang hendak senang dan bukan susah hendak susah.

No comments:

Post a Comment