CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 23 November 2011

Apa Itu F.I.L.A CHART?

F.I.L.A chart bermaksud F-Facts (fakta), I-Ideas, L-Learning Outcomes (Hasil Pembelajaran), A-Action (tindakan). FILA chart ini digunakan untuk menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan situasi. Bagaimana untuk menggunakannya? F adalah fakta iaitu kita dapat dalam situasi yang diberi. Idea pula adalah isu-isu dan punca masalah. Hasil pembelajaran adalah cara yang diperlukan untuk menghadapi masalah yang diberikan dan Tindakan pula adalah langkah yang kita ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Contoh :
Situasi 1 :
Rosa, a new teacher was chosen to attend a workshop on Learning & Teaching organize by the district education department. In the workshop she was expose to many things such as learning theories, teaching methods, classroom management and assessment process. At the end of workshop each participant needs to deliver a talk according to particular topic given randomly to them. The topic given to Rosa was Smart School.
As a curriculum officer how would you help Rosa?


Fakta
Idea & Isu
Hasil Pembelajaran
Tindakan

Ø  Rosa ialah seorang guru baru.

Ø  Rosa menghadiri bengkel tentang cara belajar dan mengajar anjuran Pejabat Pelajaran Daerah.

Ø  Dia didedahkan dengan teori pembelajaran, teknik mengajar, pengurusan kelas dan proses penaksiran.

Ø  Dia dikehendaki menyampaikan ucapan tentang Sekolah Bestari.

Ø  Rosa tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang guru.

Ø  Tidak biasa dengan situasi dan persekitaran baru di sekolah.

Ø  Dia belum mengenali keadaan dan kelakuan para pelajar.

Ø  Tidak tahu cara untuk menarik perhatian pelajar supaya pelajar memberi perhatian di dalam kelas.

Ø  Kurang pengetahuan tentang teknik pengurusan kelas yang baik.




Ø  Jarang berdepan dengan situasi di dalam kelas yang sebenar.

Ø  Kurang jelas dengan objektif, visi dan misi pelaksanaan Sekolah Bestari.

Ø  Apa itu Sekolah Bestari?

Ø  Apakah misi dan visi Sekolah Bestari?

Ø  Apakah konsep dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?

Ø  Apakah kriteria atau kelayakan para pelajar untuk memasuki Sekolah Bestari?

Ø  Bagaimanakah sesebuah sekolah itu boleh dijadikan sebagai Sekolah Bestari?

Ø  Bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari dijalankan?

Ø  Siapakah yang memainkan peranan dalam pelaksanaan Sekolah Bestari?

Ø  Apakah perbezaan antara Sekolah Bestari dengan sekolah yang lain?


Ø  Apakah kebaikan dan keburukan Sekolah Bestari?

Ø  Apakan aspek penting dalam menangani pelaksanaan Sekolah Bestari?


Ø  Mempelajari teori pembelajaran ,  cara pengurusan kelas dan proses penaksiran dengan betul.

Ø  Mencari apa itu sekolah bestari, objektif, visi dan misi melalui buku, internet dan bahan rujukan lain.

Ø  Melayari internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sekolah Bestari.

Ø  Pergi ke Sekolah Bestari untuk melihat persekitaran sebenar dan bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di Sekolah Bestari.

Ø  Cuba untuk mengenali para pelajar Sekolah Bestari.


Ø  Mengkaji perbezaan antara Sekolah Bestari dengan sekolah yang sedia ada seperti proses pengajaran dan pembelajaran.


Ø  Mengetahui cabaran yang akan dihadapi dalam pelaksanaan Sekolah Bestari seperti cabaran kepada pengetua, para guru dan pelajar

No comments:

Post a Comment