CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 23 November 2011

Refleksi Tugasan 2 : Power Point Presentation

        Tugasan 2 merupakan pembentangan 'Power Point' tentang tajuk yang saya dapat iaitu 'Rate Of  Reaction' dan dibuat bersama-sama kumpulan kecil masing-masing. Tugasan ini diberikan pada kami sebelum Puan Asmayati bercuti. Sebelum pensyarah kami bercuti, puan ada mengajar kami sedikit mengenai bagaimana menjadikan 'Power Point' itu lebih luar biasa maknanya lebih menarik. Puan mengajar bagaimana membuat 'Hyperlink' dan sebagainya. Pada mulanya, saya teruja mengetahui beberapa teknik baru dalam membuat slide melalui 'Power Point'. Setelah itu, saya memulakan tugasan yang diberikan dengan mendalami sendiri dan mengunakan fungsi-fungsi yang boleh digunakan di dalam 'Power Point' tersebut.
        Tajuk tugasan kumpulan saya adalah 'Rate Of Reaction' dan setelah dibahagi-bahagikan tugasan saya membuat tentang 'Application of Rate Of Reaction In Our Daily Life'. Pada mulanya, saya rasa sanagt susah kerana melibatkan  aplikasi dalam kehidupan dan sangat banyak aplikasi yang boleh kita ambil tapi tidak tahu apa aplikasinya. Kemudian, saya mencari pelbagai rujukan dari internet dan buku-buku tingkatan 5. Apa yang saya dapat melalui tugsan ini adalah saya dapat ingat kembali apa yang dipelajari pada tingkatan 5 dahulu, mengetahui apa aplikasi 'Rate Of Reaction' atau kadar tindak balas di dalam kehidupan seharian yang selalu kita nampak dan gunakan dalam kehidupan dan juga tahu bagaimana cara-cara menggunakan Power Point dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment