CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 23 November 2011

Tips Menjawab Soalan SPM

Cara Menjawab Soalan Subjektif

Soalan subjektif biasaya dijawab dalam kertas 2.  Di sini, pelajar perlu menguasai cara menjawab soalan mengikut kehendak soalan dan format tertentu.  Soalan subjektif memerlukan anda mengolah jawapan dalam bentuk esei atau karangan.

Soalan berbentuk esei tidak bermakna anda perlu menulis panjang. Yang penting anda perlu menjawab mengikut kehendak soalan. Mengikut pakar pemeriksa kertas jawapan, ramai pelajar telah menyeleweng dalam menjawab soalan.  Mereka tidak mengikut prosedur atau skema yang diperlukan.  Mereka menjawab tanpa mengikut garis panduan sepatutnya.  Beikut diberikan langkah-langkah yang perlu diikuti pelajar bagi mengatasi masalah tersebut.  Langkah-langkah berkenaan ialah,

  1. Baca arahan kertas soalan.  Gariskan bilangan soalan perlu dijawab.
  2. Baca semula semua soalan tersebut  Elakkan daripada terus menjawab kerana kemungkinan anda tersalah jawab dan ingin mengganti kepada soalan lain.
  3. Selepas selesai membaca semua soalan, tandakan soalan yang boleh anda jawab.
  4. Kurangkan bilangan soalan yang boleh anda jawab sehingga bilangan yang dikehendaki.  Jika soalan memerlukan anda menjawab empat soalan, soalan lain peru ditinggalkan.
  5. Selepas dipilih empat soalan, bahagikan masa menjawab.
  6. Jika masa diperuntukkan dua jam, bermakna anda perlu menjawab dalam masa 30 minit setiap soalan.
  7. Mulakan dengan soalan paling mudah.  Gariskan kata-kata penting dalam setiap soalan.  Contoh, terangkan faktor-faktor yang terlibat dalam pengeluaran.  Kata-kata penting ialah terangkan dan faktor-faktor pengeluaran.
  8. Buat rangka jawapan.  Rangka jawapan memastikan jawapan dibuat secara teratur tanpa meninggalkan isi-isi penting.
  9. Pelajar tidak perlu menyalin semula soalan, peta atau gambarajah kerana perkara tersebut tidak menyumbang kepada markah anda.
  10. Jika terdapat masa terluang, sila semak semula jawapan anda. Jika ada maklumat atau fakta tertinggal, pelajar perlu memasukkan bagi menambah markah tersedia.
  11. Pastikan pelajar memberi jawapan secara spesifik.  Bukan secara umum.  Contoh,  tanaman padi memerlukan iklim tropika sesuai.  Perkataan sesuai tidak sesuai digunakan kerana bersifat umum.  Jawapan sepatutnya, tanaman padi memerlukan iklim tropika sesuai iaitu min suhu 27 darjah celcius dan hujan tahunan sebanyak 2 800 mm.

Cara Menjawab Soalan Objektif

Pelajar didapati lebih gemar menjawab soalan objektif kerana jawapan telah tersedia.  Soalan objektif kebanyakan terdapat dalam kertas 1 dalam sesuatu kertas peperiksaan.  Walaupun jawapan boleh diteka namun pelajar perlu mempelajari cara menjawab soalan tersebut. Kemahiran yang perlu diketahui ialah,

  1. Baca soalan dengan teliti dan memahami kehendak soalan. Baca semua pilihan jawapan dan tanda jawapan paling tepat
  2. Jika pelajar tidak dapat mengenal pasti jawapan paling tepat, cari jawapan yang pasti salah.  Jangan pilih jawapan salah. Mengurangkan jawapan salah memberi peluang kepada anda untuk memilih jawapan yang paling tepat
  3. Seringkali maklumat untuk menjawab satu soalan terdapat pada soalan lain.  Jadi, cuba anda perhatikan perkaitan antara satu soalan dengan soalan yang lain.
  4. Semasa membaca pilihan jawapan, perhatikan jawapan lebih terperinci dan panjang.  Pembuat atau penggubal soalan lebih cenderung untuk berbuat sedemikian.  Jawapan yang panjang atau terperinci kemungkinan besar adalah jawapan betul
  5. Pilihan jawapan yang salah tidak dibentuk dengan teliti.  Ia biasanya mempunyai kata-kata kurang jelas seperti sesuai, selalu dan kira-kira.
  6. Jika terdapat pilihan jawapan semua di atas, anda perlu mencari jawapan salah. Tinggalkan pilihan salah dan semua di atas. Jadi, tinggalkan dua pilihan yang perlu difikirkan
  7. Jika pelajar tidak dapat menjawab sesuatu soalan, tinggalkan dahulu soalan tersebut.  Jangan luangkan terlalu banyak masa terhadap sesuatu soalan.  Soalan sukar boleh dijawap kemudian.  Adalah lebih baik   anda menjawab sesuatu soalan susah di penhujung masa berbanding tidak menjawab langsung. Ini adalah kerana markah tidak akan ditolak terhadap jawapan yang salah.
Selamat menghadapi peperiksaan SPM yang akan berlangsung pada bulan November nanti.  Semoga maju jaya.

No comments:

Post a Comment