CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 31 December 2011

Sombong itu Kunci Neraka

salam..sedikit perkongsian :

Rasulullah bersabda dan diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu
' Allah itu Maha Indah dan menyukai keindahan'

janganlah kita sombong kerana sombong itu kunci neraka. Sombong itu juga merupakan penyakit hati dan bisikan dari syaitan maka kita harus jauhinya. syaitanlah sangat sombong seperti dalam firam Allah :

'Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat , 'Sujudlah kamu kepada Adam!' maka mereka pun sujud kecuali iblis. ia menolak dan meyombongkan diri dan ia termasuk golongan orang kafir.' (surah Al-Baqarah : 34)

Disini kita boleh lihat iblislah yang mula-mula sekali mempunyai penyakit hati iaitu sombong. jika kita sombong bermakna kita berkawan atau geng dengan iblis.Minta dijauhkan dan Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.'Tidak diragukan lagi bahawa Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang sombong' (surah An-Nahl : 23)

Sifat atau kata-kata yang menunjukkan sombong :
-tidak boleh ditegur
-malu bertanya
-perbuatan tanpa kata-kata
-tidak boleh menghormati orang lain.

Kata-kata Imam Habib Abdullah Al-Hadad mengenai sifat sombong :
-Rasa bangga diri lebih dari orang lain
-Suka tonjolkkan diri
-Minta di kehadapankan di majlis keramaian
-Angkuh ketika berjalan
-Membantah teguran orang lain walaupun salah
-Tidak mengendahkan nasihat orang lain
-Suka menindas orang lemah
-Menganggap dirinya sentiasa betul
-Memuji diri sendiri
-Bermegah dengan keturunannya
-Bermegah dengan datuk/nenek yang kaya/ahli agama

So,bagaimana hendak menghindari sifat sombong ini???Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah selalu, Insyallah kita akan terhindar dari sifat sombong ini. :)

No comments:

Post a Comment